doa nabi khidir - ya latifan bikhalqih - nonstop 100x


Kalimat indah ini berasal daripada Nabi Khidir `alaihis salam sebagaimana masyhur kisahnya diceritakan oleh para ulama. Wirid ini ada di dalam salah satu rangkaian zikir yang ada di dalam Ratibul Attas. Berikut doanya: يا لطيفًا بخَلقه، يا ‏عليمًا بخَلقِه، يا خبيرًا بخَلقِه، الطُفْ بِنا يا لطيفُ يا عليمُ يا خبيرُ Ya latifan bi khalqihi, ya aliman bi khalqihi, ya khabiran bi kholqihi ultuf bina ya latif ya alim ya khabir Dahai Zat yang Maha lemah lembut terhadap makhlukNnya, Duhai Zat Yang maha Mengtahui keadaan makhluknya Duhai Zat Yang Maha memahami segala rahasia makhlukNnya. Kumohon berlemah lembutlah kepada kami wahai Zat yang lemah lembut, Yang maha mengetahui lagi maha memahami. dinukilkan oleh Maulana Zakaria al-Kandahlawi rahimahullah dalam kitab beliau "Fadhilat Haji", sebagai berikut: Salah seorang daripada wali Allah meriwayatkan: " Satu ketika daku berada di dalam keadaan yang sangat dukacita dan susah hati. Sekujur tubuhku diseliputi dengan ketakutan. Dalam keadaan yang susah hati ini, daku membuat perjalanan ke Mekah; tanpa binatang untuk dikenderai dan tanpa makanan. Demikianlah daku berjalan selama tiga hari di padang pasir. Pada hari yang keempat daku berasa dahaga yang amat sangat sehinggakan maut hampir-hampir menjelang. Di padang pasir itu daku berada dan di sekelilingku tidak ada sebatang pohon pun yang kelihatan yang dapat daku duduk berteduh di bawahnya. Merasakan akan kedatangan maut, daku duduk mengarah ke Qiblat. Apabila daku duduk di sana, kantuk mengatasiku dan di dalam mimpi daku melihat seseorang datang ke arahky dengan tangannya terhulur ke arahku sambil berkata: "Ambil tanganku ini." Daku menghulurkan tanganku dan dia bersalam denganku. Kemudian dia berkata: "Daku datang untuk memberikan berita gembira kepadamu, kamu akan melakukan haji dan akan kembali dengan selamat sejahtera, dan kamu juga akan menziarahi kuburan Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam". Daku bertanya: "Siapakah kamu ?" Dia menjawab: "Daku Khidir." Daku berkata: "Doakan untukku." Dia menjawab: "Baca ayat ini tiga kali:- يا لطيفًا بخَلقه، يا ‏عليمًا بخَلقِه، يا خبيرًا بخَلقِه، الطُفْ بِنا يا لطيفُ يا عليمُ يا خبيرُ Kemudian Khidir `alaihis salam berkata: " Ini ialah hadiah untuk mu - satu ubat yang akan dapat mencukupimu dan akan menjadi manfaat. Bilamana kamu di dalam keadaan kesukaran, bacalah ini, kesukaranmu akan lenyap. SIngkat cerita, wali tersebut akhirnya selamat menunaikan hajinya dan berkesempatan menziarahi Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam. Dan sentiasalah beliau menjadikan zikir tersebut sebagai wirid dan amalan beliau. Zikir ini telah dianjurkan oleh para ulama kita dijadikan amalan. Imam al-Haddad rahimahullah menyatakan bahawa zikir di atas adalah antara wasilah untuk panjang umur. Ulama dan daie terkenal Mesir, Syaikh `Abdul Hamid Kisyk rahimahullah menganjurkannya sebagai amalan untuk menghilangkan kesusahan. Mudah-mudahan ianya dapat kita amalkan dan dengannya jadi sebab bagi Allah melimpahkan rahmat dan pertolonganNya kepada kita sehingga segala kesusahan yang kita hadapi atau akan dihadapi terhindar berkat keluthufan Allah ta`ala atas para hambaNya.

No comments