ingin hati & jasad bercahaya ?, amalkan doa cahaya ! - allahummaj'al fii...


Daripada Ibnu Abbas, katanya “Suatu malam aku menginap di rumah ibu saudaraku, Maimunah. Pada malam tersebut Nabi SAW bangun lalu memenuhi hajatnya. Setelah membasuh wajah dan kedua tangannya, beliau tidur, kemudian bangun lagi. Setelah itu beliau menuju ke gerabah (yaitu tempat untuk menyimpan air terbuat dari kulit) lalu membuka penutupnya. Kemudian beliau berwudhu sebaik dan sesempurna mungkin lalu beliau solat. Melihat beliau berdiri untuk solat, aku pun ikut solat. Aku bergegas wudhu dengan diam-diam. Mulanya aku memilih tempat di sebelah kiri, namun kemudian beliau menarik tanganku supaya aku pindah ke sebelah kanan beliau. Rasulullah SAW secara sempurna melakukan salat malam sebanyak tiga belas rakaat. Setelah itu, beliau merebahkan diri, beliau lantas tidur hingga terdengar tarikan nafasnya. Dan kebiasaan beliau kalau tidur memang boleh didengari tarikan nafasnya. Lalu Bilal datang dan mengumandangkan azan solat. Nabi bergegas bangun lalu solat tanpa berwudhu lagi. Doa yang beliau bacakan ialah: اللَّهُمَّ اجْعَلْ فِي قَلْبِي نُورًا وَفِي بَصَرِي نُورًا وَفِي سَمْعِي نُورًا وَعَنْ يَمِينِي نُورًا وَعَنْ يَسَارِي نُورًا وَفَوْقِي نُورًا وَتَحْتِي نُورًا وَأَمَامِي نُورًا وَخَلْفِي نُورًا وَعَظِّمْ لِي نُورًا "Ya Allah jadikanlah… Dalam hatiku cahaya Dan pada pandanganku cahaya Dan pada pendengaranku cahaya Dan dari kananku cahaya Dan dari kiriku cahaya Dan di atasku cahaya Dan di bawahku cahaya Dan di depanku cahaya Dan di belakangku cahaya Dan muliakan aku (dengan) cahaya" (Riwayat Ibnu Abbas – Sahih Bukhari, Muslim – Hadis mutawatir)

No comments